*******

Thursday, January 15, 2009

PKR Belum Bincang Agihan Kerusi Pilihanraya Sarawak

KUCHING, 10 Jan (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan PKR masih belum berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi pilihan raya negeri Sarawak, yang dijadualkan pada 2011 nanti.

Anwar, yang baru-baru ini dilantik sebagai ketua badan perhubungan PKR yang baru untuk Sabah dan Sarawak berkata perlantikannya itu adalah untuk membantu dalam usaha menyelaras "barisan hadapan yang baru".

"Kami berhasrat untuk menganjurkan ceramah dan lihat maklum balasnya. Ia adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan dan praktikal kerana rakyat ingin tahu sekiranya kami boleh berbuat sesuatu yang berbeza daripada apa yang dilaksanakan sebelum ini..," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis makan malam anjuran PKR Sarawak di sini malam tadi.

Pada majlis itu Anwar menerima satu memorandum bagi membantah pembinaan Empangan Bengoh Dam, oleh penduduk di dua kawasan yang terlibat -- Kampung Rejoi dan Kampung Tain.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment