*******

Sunday, March 29, 2009

BN punya peluang baik di Batang Ai - Taib Mahmud | Pilihanraya Kecil Batang Ai

LUBOK ANTU 29 Mac — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud optimis dengan peluang Barisan Nasional pada psarilihan raya kecil di Batang Ai pada 7 April ini.

“Kita punya peluang yang baik. Kita ada calon yang amat baik,” kata Taib yang juga Pengerusi BN negeri kepada pemberita selepas jurutera Malcolm Mussem Lamoh, 49, disahkan sebagai calon BN oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya kawasan itu Nelson Mujah Girie.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang hadir di pusat penamaan calon bahawa calon Parti Keadilan Rakyat Jawah Gerang, boleh memenangi kerusi itu, Taib berkata sebEnarnya Khalid tidak mengetahui Sarawak dengan begitu mendalam untuk membuat kenyataan itu.

Khalid yakin dengan peluang PKR berikutan kertas pencalonan calon Bebas Johnni Chuat, 38, ditolak yang kemudiannya mengumumkan menyokong Jawah.

“Jika dibuat perbandingan antara kedua calon itu, mereka adalah jauh berbeza. Mussem punya pengetahuan yang baik dalam operasi pentadbiran. Beliau tidak perlu menjerit atau menyalahkan orang lain untuk berkhidmat kepada rakyat. - Bernama

No comments:

Post a Comment